Bahan- bahan untuk membuat satey belon adalah belon dan juga dawai panjang, tajam, dan lurus.
Apa yang perlu dilakukan adalah cucuk belon menggunakan dawai di atas belon (di kawasan ikatan belon) dan tembus di bawah belon.
Penerangan:
Bahagian atas dan bawah belon merupakan bahagian yang kenyal atau tebal di mana bahagian ini tidak mengembang sewaktu kita meniup belon. Hasilnya apabila kita menusuk bahagian ini, getah belon tidak akan pecah. Sebagai tambahan, bahagian berkenaan berkemungkinan turut akan mengetatkan dawai lalu mengelakkan udara dari dalam belon daripada keluar seperti "tubeless tyre" sesebuah kederaan.
Sekiranya, kita menusuk belon di bahagian tepi, bolen tersebut akan pecah kerana bahagian ini merupakan bahagian yang nipis dan tegang. Selain itu, Kita boleh melekatkan selotap di bahagian tepi belon agar belon tidak pecah apabila kita menusuknya.
________________________________________________________________________
Bahan- bahan adalah disumbangkan oleh Pusat Sains Negara untuk tujuan pendidikan. Datanglah ke Pusat Sains Negara di Bukit Kiara, Kuala Lumpur untuk menyaksikan demontrasi ini secara terus
Bahan- bahan adalah disumbangkan oleh Pusat Sains Negara untuk tujuan pendidikan. Datanglah ke Pusat Sains Negara di Bukit Kiara, Kuala Lumpur untuk menyaksikan demontrasi ini secara terus
No comments:
Post a Comment