Saturday, September 25, 2010

Penjana Van de Graff


Penjana Van de Graff merupakan penjana elektrostatik yang dicipta oleh ahli fizik Amerika bernama Robert J. Van de Graff pada tahun 1029. Kini, terdapat penjana van de Graff yang menggunakan Voltan ataupun beza keupayaan mencecah 5 juta volt. Penjana Van de Graff boleh diibaratkan sebagai sebuah alat yang terdiri daripada satu sumber elektrik yang disambungkan secara selari bersama sebuah kapasitor dan sebuah perintang yang mempunyai rintangan yang sangat tinggi. Rintangan perintang yang sangat tinggi ini menyebabkan tiada arus elektrik mengalir walaupun nilai voltan adalah terlalu tinggi. Sebagai tambahan, tiada kejutan elektrik akan dirasa kepada sesiapa yang memegang kubah penjana ini.

Sewaktu penjana Van de Graff ini dihidupkan, kubah penjana ini akan memiliki lebih banyak cas positif atau dengan kata lain ia akan bercas positif. Dalam badan manusia, bilangan cas positif adalah sama banyak dengan cas negatif yang menjadikan badan manusia bersifat neutral. Apabila seseorang menyentuh kubah penja Van de Graff yang bercas positif ini, cas negatif akan diserap dari badannya. Hal ini menyebabkan badan seseorang itu akan turut bercas positif termasuklah setiap helaian rambutnya. Helaian-helain rambut yang mempunyai cas yang sama ini akan menolak antara satu sama lain membuatkan rambut kelihatan seperti terpacak.


_________________________________________________________________
Halaman Utama
 
 

2 comments: