Bahan- bahan:
2 buah cawan dan sehelai kain
Penerangan:
Seperti yang telah kita kihat, cawan telah mengekalkan keadaan asalnya iaitu tidak bergerak apabila kain ditarik dengan laju. Keadaan ini berlaku akibat inertia. Inertia merupakan satu sifat semula jadi yang ada pada setiap objek atau benda di atas muka bumi ini. Inertia mengekalkan keadaan asal sesuatu objek selagi tidak ada daya luar yang bertindak ke atasnya. Objek yang tidak bergerak akan terus tidak bergerak manakala objek yang bergerak akan terus bergerak dengan halaju tetap.
Salah satu contoh berkaitan inertia dalam kehidupan seharian yang boleh dirasa oleh diri kita adalah sewaktu kira berdiri di dalam sebuah bas. Apabila bas hendak memulakan perjalanan, badan akan tertolak ke belakang kerana badan kita cuba untuk mengekalkan keadaan asal iaitu tidak bergerak. Apabila bas yang bergerak dengan halaju tetap berhenti secara mengejut, badan akan tertolak ke hadapan kerana badan kita cuba untuk mengekalkan keadaan asal iaitu bergerak.
Sebagai tambahan untuk contoh bas di atas adalah apabila bas berkenaan belok ke arah kanan, badan kita akan tertolak ke arah kiri. Hal ini disebabkan badan kita cuba untuk mengekalkan keadaan asal termasuklah arah pergerakan. Apa yang hendak ditekankan di sini adalah inersia bukan sahaja mengekalkan keadaan asal seperti bergerak dan tidak bergerak malah ia juga mengekalkan arah pergerakan
________________________________________________________________________
Bahan- bahan adalah disumbangkan oleh Pusat Sains Negara untuk tujuan pendidikan. Datanglah ke Pusat Sains Negara di Bukit Kiara, Kuala Lumpur untuk menyaksikan demontrasi ini secara terus
Bahan- bahan adalah disumbangkan oleh Pusat Sains Negara untuk tujuan pendidikan. Datanglah ke Pusat Sains Negara di Bukit Kiara, Kuala Lumpur untuk menyaksikan demontrasi ini secara terus
No comments:
Post a Comment