Thursday, October 7, 2010

Pencungkil gigi

Permainan ini menggunakan pencungkil gigi yang akan disusun dan diubah mengikut arahan yang diberikan. Apa yang penting, anda mestilah mempunyai pencungkil gigi atau bahan lain yang seumpamanya.

Soalan contoh dibawah ini akan menerangkan kepada anda syarat- syarat yang anda patut patuhi.

Soalan CONTOH: Ubah kedudukan dua batang pencungkil untuk menghasilkan dua kotak.

Jawapan:

Jawapan SALAH:
Perkara yang hendak ditekankan disini adalah sila ubah dua pencungkil seperti yang diarahkan dan jangan biar pencungkil gigi terbiar seperti di sebelah kiri gambar di atas.


Soalan 1:
Terdapat 4 kotak. Ubah kedudukan tiga pencungkil untuk menjadikan 3 kotak

Soalan 2:
Terdapat 5 kotak. Ubah kedudukan tiga pencungkil untuk menjadikan 4 kotak

Soalan 3:
Terdapat 6 kotak. Ubah kedudukan tiga pencungkil untuk menjadikan 5 kotak

Soalan 4:
Terdapat 7 kotak. Ubah kedudukan tiga pencungkil untuk menjadikan 5 kotak

Soalan 5:
Ubah kedudukan tiga pencungkil untuk menghasilkan 3 tiga segitiga sama sisi.

Soalan 6:
Campak keluar dua pencungkil untuk menghasilkan 2 segiempat sama

Soalan 7:
Campak keluar dua pencungkil untuk menghasilkan 4 segiempat sama.

Soalan 8:
Ubah dua kedudukan dua pencungkil agar pencungkil yang berada di dalam gelas kini berada di luar gelas.

Soalan 9:
Hasil tambah persamaan di atas bernilai enam. Ubah kedudukan satu pencungkil agar persamaan ini bernilai empat.

Soalan 10:

Ikan kini menghadap arah kiri. Ubah kedudukan tiga pencungkil agar ikan menghadap arah kanan.


Soalan 11:
Lembu kini menghadap arah kiri. Ubah kedudukan dua pencungkil agar ia dapat melihat arah kanan.


_______________________________

No comments:

Post a Comment