Penerangan:
Jawapan sebenar kepada hasil tambah di atas adalah 4100. Walau bagaimanapun, ramai yang memberi jawapan 5000. Kenyataannya, keadaan ini adalah normal bagi mereka yang tahu matematik. Bagi mereka yang baru berjinak- jinak untuk menjalankan operasi matematik hasil tambah, mereka akan dapat menjawab masalah matematik di atas dengan betul. Hal ini kerana mereka yang tidak dapat mengira pantas mempunyai masa yang panjang untuk berfikir secara tepat. Bagi mereka yang dapat mengira dengan pantas, kerana masa yang pendek untuk otak berfikir, kita akan terlepas pandang dan menganggap hasil tambah 10 dengan 4090 akan menghasilkan 5000.
Terdapat dua cara mengira iaitu dengan menggunakan imaginasi dan dengan menggunakan gambaran mata. Pengiraan menggunakan imaginasi seolah- olah menjalankan operasi matematik menggunakan perkataan dan gambaran hanya dilihat dari dalam minda. Sebagai contoh empat ribu sembilan puluh tambah sepuluh samadengan....
Pengiraan menggunakan gambaran mata pula menggunakan medium lain seperti kertas, kalkulator dan sebagainya untuk membuat gambaran . Contohnya 4090+10=.... Kita akan dapat melihat dengan jelas masalah matematik ini lalu menjawabnya dengan betul.
________________________________________________________________________
Bahan- bahan adalah disumbangkan oleh Pusat Sains Negara untuk tujuan pendidikan. Datanglah ke Pusat Sains Negara di Bukit Kiara, Kuala Lumpur untuk menyaksikan demontrasi ini secara terus
Bahan- bahan adalah disumbangkan oleh Pusat Sains Negara untuk tujuan pendidikan. Datanglah ke Pusat Sains Negara di Bukit Kiara, Kuala Lumpur untuk menyaksikan demontrasi ini secara terus
No comments:
Post a Comment