Sunday, September 26, 2010

Ubat gigi gajah




Bahan- bahan untuk membuat ubat gigi gajah ini adalah
    1. 100 ml Hidrogen Peroksida
    2. Serbuk kalium iodida
    3. Sabun cair
    4. Selinder Penyukat, bikar 200 ml, bekas besar, dan spatula.


    Arahan:
    Tuangkan 100 ml Hidrogen Peroksida ke dalam selinder penyukat, Masukkan sedikit sabun cair dan kacau sekejap. Akhir sekali, masukkan satu spatula penuh kalium iodida.


    Perhatian:
    Hidrogen peroksida merupakan asid dan asid alah bersifat menghakis. Jadi, elakkan anggota badan daripada terkena asid ini. 

    Penerangan ringkas:

    Dalam tindak balas ini hidrogen peroksida terurai menghasilkan air dan gas oksigen. Kalium iodida bertindak sebagai pemangkin yang mempercepatkan tindak balas ini. Air yang terhasil daripada tindak balas ini bercampur dengan sabun lalu menghasilkan buih. Gas oksigen yang banyak terhasil lalu bergerak keluar dengan cepat daripada selinder. Pada masa yang sama, ia menolak buih keluar dan menghasilkan ubat gigi gajah. Sebahagian gas oksigen yang terhasil terperangkap dalam buih sabun dan ianya boleh diuji dengan menggunakan kayu uji berbara.

    Penerangan kimia:



    Eksperimen ini menunjukkan penguraian hidrogen peroksida menggunakan pemangkin kalium iodida. Hidrogen peroksida terurai kepada air dan gas oksigen. Sebenarnya hanya ion iodida daripada kalium iodida yang bertindak sebagai pemangkin. Pemangkin merupakan bahan yang mempercepatkan tindak balas kimia dan ia kekal walaupun selepas tindak balas berlaku seperti di bawah.


    Jika anda dapat lihat, terdapat warna kuning pada buih sabun. Ia sebenarnya adalah iodin.

    __________________________________________________________________________
    Bahan- bahan adalah disumbangkan oleh Pusat Sains Negara untuk tujuan pendidikan. Datanglah ke Pusat Sains Negara di Bukit Kiara, Kuala Lumpur untuk menyaksikan demontrasi ini secara terus.

    4 comments:

    1. Assalam nak tanya guna hidrogen peroksida berapa peratus tu ?

      ReplyDelete
      Replies
      1. lagi besar % H2O2 lagi tinggi kadar tindak balas nya

        Delete
    2. Serbuk kalium iodida tu apeye ??

      ReplyDelete
    3. Saya dulu pengguna tegar safi kayu sugi. Sejak zaman student lagi dah guna.. But now 2018 saya dah tak gunakan dah..sekarang guna ubat gigi jenama MISMIS. Produk baru yang betul-betul orang melayu dan islam kita punya. Dijamin HALAL. Gigi pun rasa bersih. Tak ada bahan kimia (chemical) ni yang penting. Sebab MISMIS adalah ubat gigi NATURAL based yg ada KOKO di mana ia natural antibacteria. Ada juga cengkih, sirih dan daun pudina. Semua tu untuk kuatkan gigi dan gusi balik. Now dah tak ragu-ragu nak guna ubat gigi. Berangin dan nyaman. Korang kena cuba..lagipun kat pasaran sekarang terlalu banyak ubat gigi yang ada florida yang sebenarnya amat berbahaya terutamanya kalau adik-adik atau anak-anak kita tertelan. Saya dah berubah, korang bila lagi!

      Cuba korang tengok link Kat bawah ni.

      https://www.instagram.com/_makeitsmile/?hl=en

      https://www.facebook.com/mismistoothpaste/

      ReplyDelete