Friday, October 1, 2010

Belon Udara Panas

 

 

Bahan-Bahan:

1.      1 beg plastik sampah

2.      Selotep kertas

3.      Penunu Bunsen

4.      Gunting

 

http://1.bp.blogspot.com/_c8Yd3u7ShDM/TKXsuwLP5hI/AAAAAAAAAJk/AG1Er1veLjM/s320/IMG0243A.jpg

 


Langkah-Langkah:

1.      Lekatkan selotep kertas di sepanjang mulut beg plastik sampah

2.      Panaskan udara panas ke dalam beg plastik

3.      Apabila udara dalam beg plastik cukup panas, lepaskan beg tersebut

 

http://2.bp.blogspot.com/_c8Yd3u7ShDM/TKXtB76PYxI/AAAAAAAAAJo/hF8Fa5mS8lM/s320/IMG0244A.jpg



Apa yang berlaku:

Sebelum kami menerangkan mengapa belon udara panas boleh terapung di udara, kami terlebih dahulu akan menerangkan secara ringkas mengenai konsep ketumpatan.

 

Seperti yang anda dapat perhatikan dalam imej di bawah. Apabila minyak dan air dicampurkan, dua lapisan akan terbentuk di mana minyak akan berada di atas air.

 

2012 07 10 Oil and Water in Pitcher.jpg

 

Hal ini kerana air lebih tumpat daripada minyak. Tetapi apakah yang faham mengenai istilah ketumpatan?

 

Cara mudah untuk memahami konsep ketumpatan ialah dengan cara membandingkan jarak antara molekul, dua jenis cecair yang berlainan ketumpatan.

 

Picture1.png

 

Daripada imej di atas, anda dapat perhatikan perbezaan jarak antara molekul di antara minyak dan air. Bagi air, molekul-molekulnya tersusun lebih rapat berbanding minyak. Atau dengan kata lain, air lebih tumpat daripada minyak.

 

Seterusnya disebabkan air lebih tumpat daripada minyak, maka lapisan air akan berada di bawah lapisan minyak.

 

Perkara yang sama juga berlaku pada belon udara panas. Udara panas adalah kurang tumpat daripada udara sejuk. Oleh sebab itu, udara panas akan berada di atas udara sejuk.

 

belon udara panas copy.png

 

Daripada imej di atas, apabila udara di dalam belon dipanaskan, sebahagian udara yang berada di dalamnya akan ditolak keluar. Pada masa yang sama jarak antara molekul udara di dalam belon adalah lebih jauh berbanding udara di luar belon.

 

Kesimpulannya, apabila udara dipanaskan, jarak antara molekul-molekul udara akan bertambah jauh. Ini menyebabkan ia menjadi kurang tumpat berbanding udara sejuk. Oleh sebab udara panas kurang tumpat daripada udara sejuk, maka ia akan berada di atas udara sejuk.

 

Kemudian, oleh kerana udara panas ini berada di dalam belon, maka ia akan naik ke atas dengan membawa sekali belon tersebut bersama-sama.

 

___________________________________________________________

Beg plastik sampah boleh disambungkan untuk menghasilkan belon udara panas yang lebih besar. Video di bawah menunjukkan belon udara panas yang menyambungkan 19 beg plastik. Penyedut minuman digunakan bagi menggantikan selotep kertas.


a) Belon udara terbang



b) Belon udara mendarat


c) Percubaan

 

1 comment: