Sunday, October 3, 2010

Gegelung Tesla

Gegelung Tesla (Pusat Sains Negara) merupakan salah satu hasil rekaan Nikola Tesla yang paling terkenal. Fungsi utama gegelung tesla adalah untuk membuat kilat buatan. Bahagian putih berbentuk donat yang berada di tengah gegelung Tesla ini merupakan terminal negatif manakala pagar dawai yang mengelilingi gegelung ini bertindak sebagai terminal bumi dimana beza keupayaan di antara kedua- dua terminal ini adalah sebesar 50 000 V. Untuk pengetahuan anda, perkakasan elektrik yang kita sering gunakan di rumah hanyalah menggunakan beza keupayaan sebesar 320 V.

Udara pada asalnya adalah bersifat penebat iaitu ia tidak mengalirkan arus. Walau bagaimanapun, oleh kerana beza keupayaan yang terlalu besar iaitu 50 000 V, udara telah mengalami keruntuhan dielektrik dan telah bertukar menjadi konduktor iaitu bentindak mengalirkan  arus elektrik. Oleh kerana kerintangan udara yang menentang pengaliran arus elektrik adalah terlalu besar. Maka, sebahagian tenaga yang dibawa oleh arus elektirk ditukarkan kepada bentuk lain iaitu haba, cahaya (kilat), dan bunyi.


Untuk perbandingan di antara kilat yang dihasilkan oleh gegelung Tesla dengan  kilat sebenar yang terhasil secara semula jadi, bahagian putih berbentuk donat boleh disamakan dengan awan manakala pagar dawai dipersembahkan sebagai permukaan bumi. Jarak di antara terminal negatif dan bumi dalam gegelung Tesla ini adalah hanyalah lebih kurang 30 cm sekiranya dibandingkan dengan jarak di antara awan dan bumi. Maka, oleh kerana jarak yang besar ini kilat semula jadi mempunyai beza keupayaan yang boleh mencecah ratusan kilovolt. Ia juga turut menghasilkan bunyi atau guruh yang sangat kuat. Akan tetapi, oleh kerana cahaya bergerak jutaan kali ganda lebih laju berbanding bunyi, kita akan melihat kilat terlebih dahulu diikuti mendengari bunyi guruhnya.

No comments:

Post a Comment