Tutorial ini akan mengajar anda langkah- kangkah untuk memformat komputer anda. Sebelum itu, anda mesti memilikilah cd windows XP yang disertakan product key 25 digit.
Langkah 1:
Masukkan cd windows XP ke dalam cd drive dan restart komputer
Langkah 2:
Setelah komputer dihidupkan semula, paparan berikut akan muncul
[sila ke langkah 2 (sambungan) di bawah sekiranya paparan skrin di atas tidak muncul]
Sila tekan apa- apa kekunci (press any key) dan tunggu sehingga paparan di bawah muncul
Langkah 3:
Sila tekan ENTER
Langkah 4:
Sila tekan F8
Langkah 5:
Terdapat 3 pilihan iaitu Enter untuk install, C untuk create a partition, dan D untuk delete partition. Sekiranya anda berani mencuba untuk create atau delete partition, anda tidak akan dihalang. Walau bagaimanapun, dalam tutorial ini, kita akan memilih pilihan “To set the windows xp on the selected item”. Tapi sebelum itu, pilih partition C atau E (anda punya mungkin berlainan) menggunakan kekunci anak panah. Kemudian tekan ENTER.
Langkah 6:
Pilih “FORMAT the partition using the NTFS file system” menggunakan kekunci anak panah dan tekan ENTER.
Tunggu sehingga komputer akan dihidupkan semula dan paparan berikut akan muncul
Untuk langkah- langkah seterusnya, sila ikuti arahan yang ditunjukkan oleh komputer anda. Arahannya adalah ringkas dan mudah difahami oleh sesiapa sahaja
_________________________________________________________
Langkah 2 (sambungan):
Dilakukan sekiranya paparan dalam langkah kedua di atas tidak muncul
Restart komputer. Paparan pertama apabila komputer dihidupkan semula adalah sebuah pilihan untuk memasuki BIOS. Paparan ini biasanya ditunjukkan dengan cepat iaitu lebih kurang sesaat dan oleh itu, sebaik sahaja paparan ini muncul, tekan kekunci seperti yang diarahkan. Komputer berlainan mempunyai paparan untuk memasuki BiOS yang berlainan tetapi tujuannya adalah sama. Antara kekunci arahan yang biasa digunakan oleh kebanyakan komputer adalah DELETE, F1, F2,F10, F12, atau Alt+s.Tutorial ini akan menunjukkan contoh komputer yang menggunakan DELETE untuk memasuki BIOS.
Berdasarkan contoh di atas, selepas anda menekan kekunci DELETE, paparan berikut akan muncul.
Kemudia pergi ke menu boot dan dengan berpandukan arahan yang ditunjukkan pada bahagaian kiri skrin, ubahkan setting sehingga 1st Boot Device merujuk kepada [CDROM] seperti di bawah. Akhir sekali save dan exit.
Komputer akan dihidupkan semula
Oleh kerana, komputer yang berlainan jenama mempunyai paparan BIOS yang berlainan. Maka, apa yang penting disini adalah sila pastikan keutamaan BOOT menu diberikan kepada CDROM. Jika tidak, paparan dalam langkah kedua tidak akan muncul.
No comments:
Post a Comment