Telefon udara direka menggunakan dua kubah parabolik yang diletakkan berjauhan sejauh 50 meter. Dengan berbisik sekalipun, seseorang yang berada di salah satu kubah yang lain boleh mendengari bisikan anda.
Penerangan:
Bulatan kecil di bahagian hadapan kubah parabolik ini merupakan tempat untuk berkata- kata mahupun mendengar. Ia merupakan titik fokus kepada kubah ini. Apabila anda berkata- kata, suara anda akan dipantulkan oleh dinding kubah ini. Bentuk parabolik kubah ini menyebabkan bunyi yang dipantulkan tertumpu kepada kubah parabolik yang berada 50 meter jauh. Setelah bunyi yang dipantulkan tiba di kubah kedua, ia akan difokuskan semula ke titik fokusnya. Di titik inilah, bunyi sekuat bisikan sekalipun boleh didengari.
Nama telefon udara digunakan kerana medium yang digunakan untuk menghantar isyarat bunyi jarak jauh adalah udara. Akhir kata, sekiranya anda bercita- cita untuk meluahkan perasaan kepada seseorang dengan kos yang paling murah, inilah alatnya. Jadi, selamat melawat Pusat Sains Negara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur. .
No comments:
Post a Comment