Kubah parabolik gergasi ini berada di luar pintu masuk Pusat Sains Negara. Berada di bawah kubah gergasi ini seolah- olah berada di dalam gua dimana anda akan mendengar gema. Bunyi yang anda hasilkan samaada dengan menepuk kedua- belah tapak tangan mahupun dengan berkata- kata ketika berada dibawah kubah ini, bunyi tersebut akan dipantulkan ke atas dan ke bawah berulang- ulang kali. Dengan kata lain, gema telah dihasilkan.
Kesan gema yang paling kuat adalah ketika anda berdiri tepat di bawah pusat kubah gergasi ini. Sebagai tambahan, sekiranya anda berada di bawah kubah di bahagian tepi, bisikan seseorang yang berada di bahagian tepi kubah yang lain boleh anda dengari dengan jelas.
Jadi, selamat melawat Pusat Sains Negara.
No comments:
Post a Comment