Soalan 1:
Anda mempunyai 3 benda iaitu seekor kambing, seekor harimau, dan rumput. Anda dikehendaki membawa ketiga- tiga benda ini ke sesuatu pulau menggunakan perahu. Walau bagaimanapun, anda hanya dibenarkan membawa satu sahaja daripada tiga benda tersebut pada satu- satu masa. Apabila anda tidak mengawasi ketiga- tiga benda tersebut, harimau akan memakan kambing. Atau kambing akan memakan rumput. Tetapi harimau tidak memakan rumput.
Masalah pertama:
Sekiranya anda menghantar harimau, apabila anda berpatah balik rumput telahpun dimanakan oleh kambing.
Masalah kedua:
Sekiranya anda menghantar rumput, apabila anda berpatah balik kambing telahpun dimanakan oleh harimau.
Masalah ketiga:
Apabila anda menghantar kambing, harimau tidak akan memakan rumput. Kemudian anda mengambil pula harimau. Seterusnya anda mengambil rumput dan sebaik anda tiba, anda dapati kambing telahpun dimakan oleh harimau.
Masalah keempat:
Apabila anda menghantar kambing, harimau juga tidak akan memakan rumput. Kemudian anda mengambil pula rumput. Seterusnya anda mengambil harimau dan sebaik anda tiba anda dapati rumput telahpun dimakan kambing.
Soalannya:
Bagaimanakah cara anda membawa ketiga- tiga benda anda ke pulau berkenaan dengan selamat?
Soalan 2:
Anda mempunyai seekor bakteria. Pada hari ke-2 bakteria ini membelah menjadi 2. Pada hari ke-3, bilangannya menjadi 4 dan seterusnya.Pada hari ke berapakah bilangan bakteria adalah separuh bilangan hari ke-30. Jawapan hari ke-15 adalah salah.
Soalan 3:
Soalan 4:
Soalan 5:
Pilih satu nombor antara 1 hingga 9 dan simpankannya di dalam hati. Kemudian sila turuti arahan di bawah- Tambah nombor yang anda rahsiakan dengan 2
- Kemudian darabkan hasilnya dengan 5
- Tolakkan dengan 5
- Selepas itu, bahagikan dengan 5
- Tambahkan dengan 2
- Dan akhir sekali, tolak hasil ini dengan nombor yang anda rahsiakan
Jawapan anda sebenarnya adalah klik
Soalan 6:
Anda yang tidak berduit ingin membeli baju berharga rm50. Jadi, anda meminjam rm25 dari kawan A dan rm25 dari kawan B. Sewaktu anda pergi membeli baju itu, harganya turun menjadi rm45. Anda membayar dan bakinya rm5. Kemudian anda mengembalikan A dan B rm1 setiap seorang dan rm3 anda simpan. Sekarang jumlah hutang anda kepada A dan B menjadi rm48.
rm3 + rm 48 = rm51
kenapa menjadi rm51 sedangkan anda pinjam rm50?
Soalan 7:
No comments:
Post a Comment