Thursday, October 7, 2010

Kerusi berkusyen paku

Di Pusat Sains Negara. terdapat sebuah kerusi istimewa dimana kerusi ini mempunyai dua pilihan kusyen iaitu yang mempunyai sebatang paku dan yang mempunyai seribu batang paku.




Walau bagaimanapun, sekiranya anda duduk di atas kusyen yang mempunyai seribu batang paku ini, tiada apa- apa kecederaan yang anda akan alami. Di samping itu juga, sekiranya belon ditekan di atas kusyen ini, belon tersebut tidak akan meletup. Sebaliknya, apabila belon ini diletakkan di atas kusyen yang mempunyai sebatang paku, belon tersebut akan meletup dan ini bermaksud kita tidak akan selamat untuk duduk di atasnya.






Penerangan:


Tiada kecederaan yang anda akan rasai apabila anda duduk di atas kusyen yang mempunyai seribu batang paku kerana berat badan anda telah dibahagikan kepada kesemua batang paku yang bersentuhan dengan tubuh anda. Pembahagian ini menyebabkan tekanan yang dirasai oleh setiap batang paku akan menjadi kecil sehinggakan ia tidak mampu menembusi kulit anda. Perkara yang sama turut berlaku kepada belon yang anda letakkan di atasnya.

Sebaliknya, belon meletup sekiranya diletakkan di atas kusyen yang hanya mempunyai sebatang paku akibat tekanan tinggi yang ditampungnya secara bersendirian. Maka, jangan sesekali duduk di atas kusyen tersebut.

Formula bagi tekanan adalah

 
Berdasarkan formula di atas, tekanan adalah berkadar songsang dengan luas atau dengan kata lain semakin besar luas, semakin kurang tekanan. Dalam konteks kerusi berpaku ini, banyak paku bermaksud luas adalah besar lalu menjadikan tekanan berkurang.

Sebagai tambahan, bagi kusyen yang mempunyai seribu paku, jika kita menyusun rapat kesemua paku di atasnya, kita akan membentuk satu permukaan sebesar tapak tangan. Duduk di atas kusyen ini seolah- olah duduk di atas telapak tangan.


__________________________________________________________________________
Bahan- bahan adalah disumbangkan oleh Pusat Sains Negara untuk tujuan pendidikan. Datanglah ke Pusat Sains Negara di Bukit Kiara, Kuala Lumpur untuk menyaksikan demontrasi ini secara terus.

No comments:

Post a Comment