Wednesday, September 29, 2010

Gelas Menyanyi


Bahan- bahan:
  1. Sebuah gelas wine
  2. Sedikit air

Arahan:

Basahkan salah satu jari anda dan geserkan mulut gelas. Pastikan anda tidak memegang dinding gelas sebaliknya memegang bahagian kaki gelas.

Apa Yang Berlaku:
Oleh kerana terdapat bahagian-bahagian tertentu pada mulut gelas yang berkeadaan licin atau kasar. Maka dalam keadaan basah, Jari yang kita geser akan bergerak lancar pada bahagian licin tetapi tersekat pada bahagian kasar tersebut. Pergerakan silih berganti  lancar dan tersekat ini merupakan faktor yang membuat dinding gelas bergetar. Getaran ini menyebabkan udara di sekitar dinding gelas turut bergetar. Maka getaran udara inilah merupakan bunyi yang telah kita dengar.



_________________________________________________________________

No comments:

Post a Comment