Bahan- bahan:
- Sebekas air
- Sabun cair
- Satu tong gas butana (gas memasak yang digunakan di dalam dapur gas mini dan mudah didapati di pasar raya)
- Pemetik api.
Arahan:
- Masukkan sabun ke dalam sebekas air
- Kocak air untuk menghasilkan buih sabun
- Basahkan tangan (baik sekiranya tangan dibasahkan sehingga ke paras siku)
- Lepaskan gas butana ke dalam air bersabun ini
- Ambil buih yang memerangkap gas butana menggunakan tangan
- Bakar buih berkenaan
Penerangan:
Air sabun yang digunakan mempunyai dua fungsi iaitu yang
pertama untuk memerangkapkan gas Butana menggunakan buih sabun. Dan fungsi yang
kedua bagi mengurangkan rasa sakit. Api yang terhasil adalah selama lebih
kurang 2 saat sehingga ia tidak sempat untuk membuat kulit melecur walaupun
merasa sedikit panas. Namun begitu, pastikan anda melurus serta mengangkatkan
tangan melebihi paras bahu bagi tujuan keselamatan.
Gas Butana:
Gas ini merupakan gas yang terkandung di dalam pemetik api
dan juga di dalam tong dapur memasak di rumah.
Bentuk cair gas ini yang dilihat di dalam pemetik api adalah
disebabkan tekanan tinggi yang dikenakan terhadapnya. Namun apabila injap
ditekan untuk melepaskan gas ini, ia dengan serta merta akan berubah menjadi
gas semula.
Keistimewaan gas ini untuk digunakan dalam kehidupan kita
seharian sebagai sumber api adalah kerana cirinya yang mudah diubah bentuk
menjadi cecair. Iaitu tekanan yang dikenakan terhadapnya adalah kurang jika
dibandingkan dengan dengan gas lain. Hal ini seterusnya membantu dalam proses
pengilangan. Sebab itulah, kebanyakan pemetik api diperbuat hanya menggunakan
plastik.
Penerangan Kimia:
Molekul gas Butana terbina daripada ikatan antara 4 atom
Karbon dan 10 atom Hidrogen yang dipersembahkan sebagai C4H10.
Api pembakaran yang anda lihat sebenarnya adalah proses
tindak balas antara gas Butana dengan gas Oksigen lalu menghasilkan gas Karbon
Dioksida dan juga wap Air.
2 C4H10 + 13 O2 → 8 CO2 + 10 H2O
Dalam formula kimia di atas, 2 molekul gas Butana telah
bertindak balas dengan 13 molekul gas Oksigen menghasilkan 8 molekul gas Karbon
Dioksida dan 10 molekul wap Air.
_________________________________________________________________
No comments:
Post a Comment