Saturday, September 25, 2010

Segelas Air dan Sekeping Kad


Bahan- bahan:
  1.  Sebuah gelas 
  2. Sedikit air 
  3. Sekeping kad plastik (atau kertas biasa)


      Arahan:
      1. Masukkan air ke dalam gelas separuh penuh.
      2.  Tutup rapat mulut gelas menggunakan sekeping plastik
      3. Terbalikkan gelas secara perlahan- lahan
      4. Lepas tangan anda dari memegang kad berkenaan

      Apa Yang Berlaku:

      Tindakan air yang cuba untuk jatuh akibat graviti telah menyebabkan tekanan udara di dalam gelas menjadi semakin rendah berbanding di luar gelas. Atau boleh dikatakan juga, tekanan udara di luar gelas adalah lebih tinggi. Namun tekanan tinggi yang terhasil secara serentak ini bahkan telah menolak kepingan kad menutupi mulut gelas lalu menghalangi air daripada terjatuh. Seolah-olah berlaku kerjasama di antara keduanya.


      _________________________________________________________________
      Halaman Utama


      No comments:

      Post a Comment