Saturday, September 25, 2010

Membuat sebiji bola ping pong terapung


Bahan- bahan: 
  1. Sebiji bola ping pong
  2. Sesebuah pengering rambut
Cuba apungkan sebiji bole ping pong menggunakan sebuah pengering rambut.
Apakah sebenarnya yang berlaku?



Penerangan:



Bola ping pong kelihatan terapung-apung disebabkan tiupan angin dari pengering rambut yang menolak bola ping pong ke atas sehingga daya tolakan ke atas adalah sama dengan daya graviti yang menariknya ke bawah.

Namun, mengapa ia tidak terlontar ke tempat lain? Bola ping pong berada di dalam kawasan udara bergerak. Di dalam kawasan ini, tekanan adalah lebih rendah berbanding kawasan udara tenang di sekelilingnya. Seolah-olah bola ping pong sedang terperangkap di dalam kawasan ini, tidak mampu jua melepaskan diri memasuki kawasan yang bertekanan lebih tinggi. Ini ialah salah satu contoh yang melibatkan prinsip Bernouli.


_________________________________________________________________
Halaman Utama
 
 

No comments:

Post a Comment